Tuesday, June 22, 2010

SAHABAT MAYA

Dunia tanpa sempadan menjadikan manusia mengembara khayalnya, zahirnya jasad hanya berada disitu.
pengembaraan maya menjadikan manusia meneroka alam yang pada zahirnya mustahil diteroka.
ada yang mencari tempat, ada yang mencari makan, ada yang mencari kawan.
Ada yang dapat kawan dibenua yang dia tak pernah jejaki.
Ada yang cari kawan untuk dunia, ada yang mencari kawan untuk Akhirat.
Ada manusia mencintai kawan yang berada jauh beribu batu, yang tak pernah ditemui secara jasad nyata. Hanya khayalan, hanya kenal di alam maya.
Ada yang terlupa, dalam naluri mengembara alam maya, ada alam yang makrifat yang dia terlupa untuk dizahirkan adanya. Dalam hatinya yang alpa, dalam jiwanya yang terus leka mengembara.
WujudNya Maha Pencipta, WujudNya Benar, SediaNYa Benar, KekalNya Benar, Tiada Serupa SeadaNya Benar. Namun, dek kerana butanya mata, mata hatinya yang dikaburi dosa, maka yang Wujud tiada sedar WujudNya,yang Sedia tiada dilihat adanya, yang Kekal tiada sedar KekalNya, Ya Tiada serupa seadaNya tiada tiada dalam mindanya.
Yang ada hanya alam mayanya, yang membawanya terus mengembara, ke alam yang wujudnya tida sedia wujudnya, yang tiada kekal adanya, yang akan musnah bersama musnahnya alam bila berakhir dunia.
Kembalilah kepada Allah dan Rasul, nescaya akan terlihat WUJUDNYA.
Wassalam

No comments:

Post a Comment